Sunday, 15 May 2011

‘’ KEPENTINGAN BIOTEKNOLOGI KEPADA MANUSIA’’


‘’ KEPENTINGAN BIOTEKNOLOGI KEPADA MANUSIA’’
                 Bioteknologi  adalah gabungan antara dua perkataan iaitu biologi dan teknologi . Maksud biologi ialah ilmu hayat atau benda-benda hidup .Teknologi pula bermaksud pengetahuan mengenai semua ilmu yang berkaitan dengan perindustrian dan sains gunaan yang mempunyai nilai ekonomi . Bioteknologi merupakan salah satu bidang sains yang dapat meningkatkan kualiti hidup manusia dari segi pertanian , perubatan dan kualiti alam sekitar .
Terdapat pelbagai kepentingan bioteknologi kepada manusia,diantaranya dalam            bidang pertanian. Melalui bioteknologi kualiti dan kuantii hasil pertanian dapat ditingkatkan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan para petani moden pada masa kini.Jesteru itu, taraf hidup manusia akan dapat ditingkatkan. Contoh bioteknologi pertanian adalah penghasilan buah jambu batu dan tembikai tanpa biji.
Selain itu, bioteknologi dalam bidang pertanian dapat meningkatkan kandungan protein dan vitamin dalam  produk pertanian. Keadaan ini akan dapat meningkatkan nilai diet manusia seterusnya  dapat menjadikan manusia lebih sihat dan lebih tahan terhadap serangan penyakit.
Dalam bidang perubatan pula, bioteknologi dapat digunakan dalam penghasilan antibiotik untuk jangkitan  penyakit yang berbeza-beza dan penghasilan vaksin untuk menguatkan sistem imunasi seterusnya dapat mengesan dan mengubati sebarang kecacatan genetik.Kepentingan lain bioteknologi dalam bidang perubatan adalah  kejayaan dalam teknologi pembiakan seperti persenyawaan in-vitro, profil DNA, forensik dan teknologi pemindahan organ.
Bioteknologi alam sekitar pula digunakan dalam kajian menggunakan organisma hidup seperti tumbuhan, bakteria dan kulat yang akan digunakan dalam pelbagai aplikasi untuk merawat sisa dan proses remediasi bahan buangan. Organisma yang berpotensi untuk menggunakan sisa sebagai makanan mereka banyak terdapat di alam sekitar. Pembangunan teknologi genetik bagi penghasilan organisma terubahsuai genetik mempertingkatkan lagi proses degradasi sisa atau bahan buangan. Bioteknologi alam sekitar telah terbukti menghasilkan kaedah yang selamat dan sisa yang bersih berbanding teknologi sedia ada kerana ia melibatkan penggunaan agen-agen asli. Kajian ke atas pengunaan bahan buangan bio dan sisa organik kepada produk bernilai juga dijalankan.
            Oleh kerana itu, bioteknologi adalah amat penting kepada manusia kerana mempunyai pelbagai kepentingan yang dapat membantu kehidupan manusia. Kegunaan bioteknologi semakin meluas digunakan dalam dunia hari ini.


Karangan kat atas nieh adalah karangan yg aq buat untuk pertandingan karangan..........susah giler nak buat......

2 comments: